Panduan dan Teknik menjawab soalan Sains Bahagian A dan Bahagian B
- Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini ialah satu jam lima belas minit. Kertas ini terbahagi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B
- Bahagian A terdiri daripada 30 soalan. Soalan ini dalam bentuk aneka pilihan atau objektif. Masa dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 45 minit. Bahagian B terdiri daripada 5 soalan berstruktur dan masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 30 minit.
Panduan Menjawab Soalan
- Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali untuk memahami kehendak soalan. Pertanyaan soalan dalam Kertas Sains ini tidak secara terus. Sebaliknya calon dikehendaki menjawab berdasarkan maklumat yang diberi.
- Kaitkan maklumat-maklumat tersebut dengan fakta dalam bidang penyiasatan yang disoal. Tandakan jawapan Bahagian A di kertas soalan dahulu sebelum memindahkan jawapan tersebut dengan menghitamkan kertas jawapan yang diberi.
- Calon perlu berhati-hati menandakan jawapan pada kertas jawapan (OMR) Pastikan jawapan tersebut sama dengan jawapan yang anda pilih di kertas soalan
- INGAT !! Pastikan anda dapat skor yang baik bagi kertas Bahagian A ini. Bahagian A menyumbang 60% daripada markah keseluruhan kertas Sains UPSR
Jenis-Jenis Soalan
Jenis-jenis soalan aneka pilihan |
Fakta
- Menguji pengetahuan calon tentang fakta seperti ciri , sifat atau fenomena.
- Contoh soalan:
1. Ketiga-tiga pereka cipta di atas memberi sumbangan dalam bidang …
A Pengangkutan
A Pengangkutan
B Komunikasi
C Angkasa lepas
D Pembinaan
- Jawapannya B
Urutan
- Menguji pengetahuan calon tentang proses , aliran atau tertib, pergerakan fenomena berhubung dengan masa, kesinambungan dan perkembangan.
- Contoh soalan:
A Meteor --> Meteroid--> Meteorit
B Meteroid --> Meteorit --> Meteor
C Meteroid --> Meteor --> Meteorit
D Meteorit --> Meteor --> Meteroid
- Jawapannya C
Istilah
- Menguji pengetahuan calon tentang definisi, maksud, makna atau simbol yang berkaitan dalam soalan.
- Contoh soalan
3. Apakah yang dimaksudkan dengan siratan makanan ?
A Hubungan makanan antara setiap hidupan
B Keupayaan hidupan untuk terus hidup walaupun terdapat banyak rintangan
C Gabungan dalam bentuk makanan antara setiap hidupan
D Cara makanan diagih-agihkan kepada setiap hidupan
- Jawapannya C
Kaedah
- Menguji pengetahuan calon tentang cara, pendekatan dan teknik bagi mengenal pasti jawapan yang betul.
- Contoh soalan :
A 16 cm ³
B 32 cm³
C 64 cm³
D 128 cm³
- Jawapannya B
Pengelasan
- Menguji pengetahuan calon tentang jenis, kumpulan, set atau bidang yang terlibat dalam soalan berkenaan.
- Contoh soalan:
- Jawapannya A
Prinsip / Konsep
- Menguji pengetahuan calon tentang hukum dan prinsip sains.
- Contoh soalan :
A cahaya bergerak lurus
B cahaya boleh dibiaskan
C cahaya tidak boleh menembusi objek legap
D cahaya boleh diselerakkan
- Jawapannya B
Tafsiran
- Menguji pemahaman calon tentang maklumat yang diberi dengan meminta calon membuat rumusan atau kesimpulan daripada data dalam soalan.
- Calon juga diuji tentang sesuatu idea secara menyeluruh.
- Contoh soalan :
Suhu/ °c 50 33 20 8 0 0
Jadual di atas menunjukkan perubahan suhu air yang telah direkodkan dalam satu penyiasatan. Antara berikut, penyataan yang manakah boleh mewakili maklumat dalam jadual di atas ?
I Tenaga haba telah dibebaskan
II Perubahan keadaan bahan mulai berlaku pada minit ke – 25
III Proses penyejatan telah berlaku
A III sahaja sahaja
B I dan II sahaja
C I dan III
D I, II dan III
- Jawapannya B
Terjemahan
- Menguji pemahaman calon tentang maklumat / data / fakta yang diberikan dan biasanya memerlukan calon menyatakan maksud atau memindahkan data daripada satu bentuk ke bentuk yang lain.
- Data / maklumat yang diberi boleh jadi dalam bentuk jadual, graf, simbol atau gambar rajah.
- Contoh soalan :
- Jawapannya C
Ekstrapolasi
- Menguji pemahaman calon tentang kesan / akibat / implikasi daripada sesuatu tindakan. Calon biasanya diminta membuat ramalan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam soalan.
- Contoh soalan :
- Jawapannya D
Aplikasi
- Menguji keupayaan calon menggunakan pengetahuan dan pemahaman fakta untuk dihubungkaitkan dengan situasi baru khususnya berlatarbelakangkan kehidupan seharian.
- Contoh soalan :
A Lebih laju
B Bentuk yang menarik
C Tidak mudah terbalik
D Menjimatkan perbelanjaan
- Jawapannya C