Monday 15 April 2013

Run-Match-Win!! (Untuk tajuk haiwan dan struktur pernafasannya)


Pengenalan

Ini adalah satu aktiviti pemula yang baik terutamanya untuk memperkenalkan sesuatu topik yang berasaskan pelbagai pasangan padanan jawapan yang betul. Contoh yang baik adalah topik seperti struktur pernafasan haiwan. Di dalam permainan ini, pelajar diberi tugas di dalam bentuk cabaran yang menyeronokkan. Penyelesaian cabaran ini memerlukan perbincangan dan kerjasama sesama ahli kumpulan.

Apa yang diperlukan?

Kad imbas soalan yang dimasukkan dalam KOTAK ORGAN PERNAFASAN
Kad imbas jawapan yang dimasukkan dalam KOTAK HAIWAN

Apa yang perlu dibuat?

1. Bahagikan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan akan dikehendaki memilih satu kad imbas soalan dari KOTAK ORGAN PERNAFASAN yang terletak di tengah-tengah kelas.

3. Selepas mengenal pasti gambar pada kad imbas soalan yang dicabut daripada KOTAK ORGAN PERNAFASAN (contoh : “insang”), kumpulan itu hendaklah mencari padanannya di dalam KOTAK HAIWAN. KOTAK HAIWAN mengandungi pelbagai kad imbas jawapan.Di dalam contoh ini, padanan yang betul adalah kad imbas jawapan “ikan”.

4. Selepas mencari padanan, ahli kumpulan itu akan berlari semula ke kumpulannya dan menyerahkan tugas seterusnya kepada ahli kumpulannya yang lain pula.

5. Setiap kumpulan diberikan masa 2 minit sahaja untuk bergilir-gilir mencari padanan.

6. Lagi cepat kumpulan itu bergerak dan mencari padanan, lagi cerah peluang kumpulan itu untuk mendapat banyak padanan yang betul dan seterusnya berpeluang memenangi cabaran ini. 

7. Apabila tamat masa, guru akan menilai setiap padanan, memberi markah sewajarnya dan memberi ganjaran untuk kumpulan yang menang.

8. Aktiviti ini sesuai untuk digunakan sebagai set induksi. Itulah sebabnya masa yang pendek (2 minit) diberikan kepada pelajar untuk bertanding. Apa yang penting ialah perbincangan tentang topik yang hendak disampaikan.

9. Guru boleh mengulangi permainan ini pada akhir waktu sebagai aktiviti pengukuhan, sebagai cara imbasan pembelajaran pada hari itu atau untuk menguji pemahaman pelajar terhadap sesi P&P pada hari itu.

10. Gunakan imej pelbagai untuk aktiviti ini. Imej-imej menarik mudah didapati dari lawan sesawang dan kebanyakannya dibenarkan atas tujuan pendidikan. Untuk padanan “insang” dan “ikan”, dapatkan gambar pelbagai jenis ikan dan berikan sedikit cabaran dengan memasukkan gambar yu, paus, kuda laut dan sebagainya.

Kredit :

TQ http://norazharishak.blogspot.com/2012/05/aktiviti-sains-bermain-kejar-padan.html ^^

No comments:

Post a Comment