Saturday 18 May 2013

PANDUAN MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR


Panduan dan Teknik menjawab soalan Sains Bahagian A dan Bahagian B

  • Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini ialah satu jam lima belas minit. Kertas ini terbahagi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B
  • Bahagian A terdiri daripada 30 soalan. Soalan ini dalam bentuk aneka pilihan atau objektif. Masa dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 45 minit. Bahagian B terdiri daripada 5 soalan berstruktur dan masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 30 minit.

Panduan Menjawab Soalan 

  • Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali untuk memahami kehendak soalan. Pertanyaan soalan dalam Kertas Sains ini tidak secara terus. Sebaliknya calon dikehendaki menjawab berdasarkan maklumat yang diberi.
  • Kaitkan maklumat-maklumat tersebut dengan fakta dalam bidang penyiasatan yang disoal. Tandakan jawapan Bahagian A di kertas soalan dahulu sebelum memindahkan jawapan tersebut dengan menghitamkan kertas jawapan yang diberi.
  • Calon perlu berhati-hati menandakan jawapan pada kertas jawapan (OMR) Pastikan jawapan tersebut sama dengan jawapan yang anda pilih di kertas soalan
  • INGAT !! Pastikan anda dapat skor yang baik bagi kertas Bahagian A ini. Bahagian A menyumbang 60% daripada markah keseluruhan kertas Sains UPSR

Jenis-Jenis Soalan

Jenis-jenis soalan aneka pilihan

Fakta 

  • Menguji pengetahuan calon tentang fakta seperti ciri , sifat atau fenomena.
  • Contoh soalan:
 Alexander Graham Bell Samual FB Morse Guglielmo Marconi
1. Ketiga-tiga pereka cipta di atas memberi sumbangan dalam bidang …   
   A Pengangkutan 
   B Komunikasi 
   C Angkasa lepas 
   D Pembinaan
  • Jawapannya B

Urutan 

  • Menguji pengetahuan calon tentang proses , aliran atau tertib, pergerakan fenomena berhubung dengan masa, kesinambungan dan perkembangan.
  • Contoh soalan:
2.Susun mengikut urutan kejadian objek dalam Sistem suria bermula dari ia berada di angkasa lepas hinggalah jatuh ke Bumi. 
   A Meteor --> Meteroid--> Meteorit 
   B Meteroid --> Meteorit --> Meteor 
   C Meteroid --> Meteor --> Meteorit 
   D Meteorit --> Meteor --> Meteroid
  • Jawapannya C

Istilah 

  • Menguji pengetahuan calon tentang definisi, maksud, makna atau simbol yang berkaitan dalam soalan.
  • Contoh soalan 
3. Apakah yang dimaksudkan dengan siratan makanan ? 
   A Hubungan makanan antara setiap hidupan 
   B Keupayaan hidupan untuk terus hidup walaupun terdapat banyak rintangan 
   C Gabungan dalam bentuk makanan antara setiap hidupan 
   D Cara makanan diagih-agihkan kepada setiap hidupan
  • Jawapannya C

Kaedah 

  • Menguji pengetahuan calon tentang cara, pendekatan dan teknik bagi mengenal pasti jawapan yang betul.
  • Contoh soalan :
4. Sebuah kubus mempunyai sisi 4 cm. Berapakah isi padu kubus tersebut selepas dipotong separuh daripada keseluruhannya ? 
A 16 cm ³ 
B 32 cm³ 
C 64 cm³ 
D 128 cm³
  •  Jawapannya B

Pengelasan 

  • Menguji pengetahuan calon tentang jenis, kumpulan, set atau bidang yang terlibat dalam soalan berkenaan.
  • Contoh soalan:
5. Antara berikut, objek yang manakah tidak boleh dikelaskan dalam kumpulan yang sama dari segi sumber asas objek tersebut ? A C B D
  • Jawapannya A

Prinsip / Konsep 

  • Menguji pengetahuan calon tentang hukum dan prinsip sains.
  • Contoh soalan :
6. Pernyataan berikut boleh menerangkan tentang pembentukkan bayang-bayang objek kecuali 
A cahaya bergerak lurus
B cahaya boleh dibiaskan 
C cahaya tidak boleh menembusi objek legap 
D cahaya boleh diselerakkan
  •  Jawapannya B

Tafsiran 

  • Menguji pemahaman calon tentang maklumat yang diberi dengan meminta calon membuat rumusan atau kesimpulan daripada data dalam soalan. 
  • Calon juga diuji tentang sesuatu idea secara menyeluruh.
  • Contoh soalan :
7. Masa/minit 5 10 15 20 25 30
    Suhu/ °c 50 33 20 8 0 0
Jadual di atas menunjukkan perubahan suhu air yang telah direkodkan dalam satu penyiasatan. Antara berikut, penyataan yang manakah boleh mewakili maklumat dalam jadual di atas ? 
I Tenaga haba telah dibebaskan 
II Perubahan keadaan bahan mulai berlaku pada minit ke – 25 
III Proses penyejatan telah berlaku 
A III sahaja sahaja 
B I dan II sahaja  
C I dan III 
D I, II dan III  
  • Jawapannya B

Terjemahan

  • Menguji pemahaman calon tentang maklumat / data / fakta yang diberikan dan biasanya memerlukan calon menyatakan maksud atau memindahkan data daripada satu bentuk ke bentuk yang lain. 
  • Data / maklumat yang diberi boleh jadi dalam bentuk jadual, graf, simbol atau gambar rajah.
  • Contoh soalan :
8. A C B D Antara berikut, yang manakah boleh dikaitkan dengan sifat cahaya di atas ?
  • Jawapannya C

Ekstrapolasi 

  • Menguji pemahaman calon tentang kesan / akibat / implikasi daripada sesuatu tindakan. Calon biasanya diminta membuat ramalan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam soalan.
  • Contoh soalan :
9. Antara berikut bola yang manakah akan bergerak lebih jauh apabila menuruni landasan ?
  • Jawapannya D

Aplikasi 

  • Menguji keupayaan calon menggunakan pengetahuan dan pemahaman fakta untuk dihubungkaitkan dengan situasi baru khususnya berlatarbelakangkan kehidupan seharian.
  • Contoh soalan :
10. Mengapakah kereta lumba lebih rendah berbanding kereta lain ? 
A Lebih laju 
B Bentuk yang menarik 
C Tidak mudah terbalik 
D Menjimatkan perbelanjaan
  • Jawapannya C

Friday 17 May 2013

A Guide for Sains UPSR

Kertas 018 (Sains UPSR) terbahagi kepada dua bahagian dimana Bahagian A mengandungi 30 soalan objektif dan Bahagian B terdiri daripada 20 soalan subjektif.

Pembinaan Item (soalan) Bahagian A adalah berdasarkan 10 Kriteria yang ditetapkan melalui Jadual Spesifikasi Item (JSI), manakala item-item daripada Bahagian B disusun berdasarkan 15 Kriteria item melalui cara yang sama.

Dari aspek pemarkahan, peratusan dikira berdasarkan jumlah markah yang dicampurkan daripada Bahagian A dan Bahagian B.

10 Kriteria soalan Objektif Sains UPSR ialah :

  1. Fakta
  2. Istilah
  3. Kaedah
  4. Urutan
  5. Pengelasan
  6. Prinsip
  7. Penterjemahan
  8. Pentafsiran
  9. Ekstrapolasi
  10. Aplikasi
Manakala 15 Kriteria soalan Subjektif Sains UPSR ialah :
  1. Menyatakan alasan berdasarkan pemerhatian
  2. Menyatakan alasan lain berdasarkan pemerhatian
  3. Menyatakan pemerhatian lain berdasarkan alasan
  4. Menyatakan jangkaan berdasarkan data ataupun maklumat terdahulu
  5. Menyatakan jangkaan berdasarkan data yang dianggar
  6. Menyatakan maksud data ataupun maklumat yang dikumpul
  7. Menyatakan pola maklumat yang dikumpul
  8. Menyatakan hubungan antara pembolehubah
  9. Membina kesimpulan daripada maklumat yang dikumpul
  10. Menyatakan pembolehubah yang terlibat dalam ujikaji
  11. Menyatakan pembolehubah yang dimanipulasi
  12. Menyakan pembolehubah bergerakbalas
  13. Menyatakan pembolehubah dimalarkan
  14. Mencadangkan penjelasan bagi hubungan diantara pembolehubah
  15. Memberi penjelasan berdasarkan prinsip sains atau pengetahuan terdahulu
A guide for me to help improve my students performance :)

Thursday 16 May 2013

HAPPY TEACHERS' DAY !!!!


Happy Teachers' Day to teachers all around the world!!! It's officially my first Teachers' Day as a real teacher ^^

Happy Teachers' Day to my colleagues, and friends with the same profession.

Many thanks to my primary school teachers, from pre-school until Year 6,
Secondary school teachers, from Form 1 until Form 5, as well as my lecturers in teaching institute for 5 and a half year.