Saturday 18 May 2013

PANDUAN MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR


Panduan dan Teknik menjawab soalan Sains Bahagian A dan Bahagian B

  • Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini ialah satu jam lima belas minit. Kertas ini terbahagi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B
  • Bahagian A terdiri daripada 30 soalan. Soalan ini dalam bentuk aneka pilihan atau objektif. Masa dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 45 minit. Bahagian B terdiri daripada 5 soalan berstruktur dan masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 30 minit.

Panduan Menjawab Soalan 

  • Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali untuk memahami kehendak soalan. Pertanyaan soalan dalam Kertas Sains ini tidak secara terus. Sebaliknya calon dikehendaki menjawab berdasarkan maklumat yang diberi.
  • Kaitkan maklumat-maklumat tersebut dengan fakta dalam bidang penyiasatan yang disoal. Tandakan jawapan Bahagian A di kertas soalan dahulu sebelum memindahkan jawapan tersebut dengan menghitamkan kertas jawapan yang diberi.
  • Calon perlu berhati-hati menandakan jawapan pada kertas jawapan (OMR) Pastikan jawapan tersebut sama dengan jawapan yang anda pilih di kertas soalan
  • INGAT !! Pastikan anda dapat skor yang baik bagi kertas Bahagian A ini. Bahagian A menyumbang 60% daripada markah keseluruhan kertas Sains UPSR

Jenis-Jenis Soalan

Jenis-jenis soalan aneka pilihan

Fakta 

  • Menguji pengetahuan calon tentang fakta seperti ciri , sifat atau fenomena.
  • Contoh soalan:
 Alexander Graham Bell Samual FB Morse Guglielmo Marconi
1. Ketiga-tiga pereka cipta di atas memberi sumbangan dalam bidang …   
   A Pengangkutan 
   B Komunikasi 
   C Angkasa lepas 
   D Pembinaan
  • Jawapannya B

Urutan 

  • Menguji pengetahuan calon tentang proses , aliran atau tertib, pergerakan fenomena berhubung dengan masa, kesinambungan dan perkembangan.
  • Contoh soalan:
2.Susun mengikut urutan kejadian objek dalam Sistem suria bermula dari ia berada di angkasa lepas hinggalah jatuh ke Bumi. 
   A Meteor --> Meteroid--> Meteorit 
   B Meteroid --> Meteorit --> Meteor 
   C Meteroid --> Meteor --> Meteorit 
   D Meteorit --> Meteor --> Meteroid
  • Jawapannya C

Istilah 

  • Menguji pengetahuan calon tentang definisi, maksud, makna atau simbol yang berkaitan dalam soalan.
  • Contoh soalan 
3. Apakah yang dimaksudkan dengan siratan makanan ? 
   A Hubungan makanan antara setiap hidupan 
   B Keupayaan hidupan untuk terus hidup walaupun terdapat banyak rintangan 
   C Gabungan dalam bentuk makanan antara setiap hidupan 
   D Cara makanan diagih-agihkan kepada setiap hidupan
  • Jawapannya C

Kaedah 

  • Menguji pengetahuan calon tentang cara, pendekatan dan teknik bagi mengenal pasti jawapan yang betul.
  • Contoh soalan :
4. Sebuah kubus mempunyai sisi 4 cm. Berapakah isi padu kubus tersebut selepas dipotong separuh daripada keseluruhannya ? 
A 16 cm ³ 
B 32 cm³ 
C 64 cm³ 
D 128 cm³
  •  Jawapannya B

Pengelasan 

  • Menguji pengetahuan calon tentang jenis, kumpulan, set atau bidang yang terlibat dalam soalan berkenaan.
  • Contoh soalan:
5. Antara berikut, objek yang manakah tidak boleh dikelaskan dalam kumpulan yang sama dari segi sumber asas objek tersebut ? A C B D
  • Jawapannya A

Prinsip / Konsep 

  • Menguji pengetahuan calon tentang hukum dan prinsip sains.
  • Contoh soalan :
6. Pernyataan berikut boleh menerangkan tentang pembentukkan bayang-bayang objek kecuali 
A cahaya bergerak lurus
B cahaya boleh dibiaskan 
C cahaya tidak boleh menembusi objek legap 
D cahaya boleh diselerakkan
  •  Jawapannya B

Tafsiran 

  • Menguji pemahaman calon tentang maklumat yang diberi dengan meminta calon membuat rumusan atau kesimpulan daripada data dalam soalan. 
  • Calon juga diuji tentang sesuatu idea secara menyeluruh.
  • Contoh soalan :
7. Masa/minit 5 10 15 20 25 30
    Suhu/ °c 50 33 20 8 0 0
Jadual di atas menunjukkan perubahan suhu air yang telah direkodkan dalam satu penyiasatan. Antara berikut, penyataan yang manakah boleh mewakili maklumat dalam jadual di atas ? 
I Tenaga haba telah dibebaskan 
II Perubahan keadaan bahan mulai berlaku pada minit ke – 25 
III Proses penyejatan telah berlaku 
A III sahaja sahaja 
B I dan II sahaja  
C I dan III 
D I, II dan III  
  • Jawapannya B

Terjemahan

  • Menguji pemahaman calon tentang maklumat / data / fakta yang diberikan dan biasanya memerlukan calon menyatakan maksud atau memindahkan data daripada satu bentuk ke bentuk yang lain. 
  • Data / maklumat yang diberi boleh jadi dalam bentuk jadual, graf, simbol atau gambar rajah.
  • Contoh soalan :
8. A C B D Antara berikut, yang manakah boleh dikaitkan dengan sifat cahaya di atas ?
  • Jawapannya C

Ekstrapolasi 

  • Menguji pemahaman calon tentang kesan / akibat / implikasi daripada sesuatu tindakan. Calon biasanya diminta membuat ramalan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam soalan.
  • Contoh soalan :
9. Antara berikut bola yang manakah akan bergerak lebih jauh apabila menuruni landasan ?
  • Jawapannya D

Aplikasi 

  • Menguji keupayaan calon menggunakan pengetahuan dan pemahaman fakta untuk dihubungkaitkan dengan situasi baru khususnya berlatarbelakangkan kehidupan seharian.
  • Contoh soalan :
10. Mengapakah kereta lumba lebih rendah berbanding kereta lain ? 
A Lebih laju 
B Bentuk yang menarik 
C Tidak mudah terbalik 
D Menjimatkan perbelanjaan
  • Jawapannya C

No comments:

Post a Comment